Birokrasi tahap jalanan

Birokrasi tahap jalanan adalah suatu istilah yang biasanya merujuk kepada pekerja agensi awam yang berinteraksi secara langsung dengan orang awam dan menjalankan tindakan – tindakan atau melaksanakan tugasan ( dasar-dasar kerajaan diperingkat akar umbi) yang diarahkan oleh pihak atasan berdasarkan perlembagaan. ( Azlin Halim, 2009 ).

Konsep birokrasi tahap jalanan ini telah diperkenalkan oleh Michael Lipsky pada tahun 1980 dimana beliau membantah kakitangan awam seperti polis, jururawat, dan pekerja – pekerja sosial patut dilihat sebagai sebahagian daripada “komuniti pengubal dasar” dan pelaksana kuasa politik.

Contoh – contoh birokrat tahap jalanan atau kakitangan awam ini ialah pegawai – pegawai polis, bomba, guru, jururawat dan lain – lain lagi dimana mereka ini selalunya berinterakrasi dan bertugas dengan rakyat untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan awam serta mendukung undang – undang.

Walaupun pada umumnya pekerja – pekerja perkhidmatan awam dianggap sebagai tahap rendah atau pekerja – pekerja barisan hadapan, mereka ini mempunyai satu peranan penting dalam perkhidmatan kerajaan iaitu melaksanakan perkhidmatan kerajaan diperingkat akar umbi. Kakitangan awam ini mempunyai interaksi secara langsung dengan rakyat tetapi memiliki satu darjah penting budi bicara dalam pelaksanaan kerja mereka ( Azlin Halim, 2009).

Menurut Azlin, 2009 pekerja – pekerja perkhidmatan awam ini yang sebenarnya mengalami cabaran – cabaran disebalik dunia perkhidmatan awam. Keadaan pekerjaan mereka ini membawa kepada dua keupayaan iaitu untuk mentafsirkan dasar – dasar berkaitan dengan kerja dan budi bicara dalam melaksanakan tugas. Hal ini menyebabkan kejayaan dasar – dasar yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan adalah bergantung kepada cara penyampaian oleh birokrat tahap jalanan itu sendiri. Dengan darjah yang tinggi dalam budi bicara membolehkan birokrat tahap jalanan untuk membuat keputusan ad hoc dan perubahan dasar.

Selain itu Azlin berpendapat, birokrat tahap jalanan ini mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam menguruskan sumber – sumber dan satu pemahaman lebih jelas menggenai pelanggan – pelanggan mereka. Dengan ini, birokrat tahap jalanan lebih memahami apa yang berlaku di peringkat akar umbi dalam sesuatu pelaksanaan dasar kerajaan dan kejayaan dasar tersebut bergantung kepada cara penyampaian birokrat tahap jalanan ini dan budi bicara mereka.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search